Sunday, October 25, 2009

Pangkah Team Kantoi Lagi di Tuas yan

Pada 24 Oktober 2009, geng pangkah team seramai 6 orang telah pergi memancing di Tuas Yan. Kali ini pangkah team kantoi lagi. Cuma dapat seekor tenggiri, 7 ekor ikan golok, 3 ekor ikan patipok, 2 ekor ikan banang dan beberapa ekor anak kerapu. Kali ini pakar apollo sangat bertuah kerana berjaya memangkah seekor tenggiri seberat lebih kurang 5 kilo. Ini merupakan lesen pertama pakar apollo sejak join dengan pangkah team. Syabas. Nanti malam jangan mimpi bunyi drag sudahlah. Pakar main bulu kantoi lagi, cuma dapat seekor patipok, itu pun kena kejar sampah. Pakar main bawah juga kantoi, cuma dapat nenen kerapu sahaja. Pakar cari lubang masih maintain, dapat 5 ekor golok, 2 ekor banang dan seekor patipok tapi tak layak dapat jackpot kerana dikatakan ikan koman. Lain-lain pakar semua bungkus. Tekong dan tuas Mat Arif, lain kali kena pangkah.

3 comments:

  1. cuba kita kaji tengok pasai pa trip kita sejak akhir2 ni x berapa menjadi...tak mau nak meletup mcm dulu..nak kata tak rajin..casting sampai belengas bulu ketiak..segala macam pakar punya dok ada...dulu kita hanya tau casting saja tapi dpt ikan banyak...la mcm2 teknik keluag tp hasil tarak.rasanya kena balik cara lama dan tekong lama...charles bronson (ayok)..tekong lain tak serasi kot...

    ReplyDelete
  2. 26-29 dis 09 trip koh adang jadik...ahli pangkah yang berminat sila booking segera..tempat terhad. harap2 jgn ada mesyuarat waktu tu...kesian kat kami dah la cuti panjang x bleh ngail....kos lebih kurang 400-450 sorang.

    ReplyDelete
  3. mkin kena pi trip jauh baru boleh skor ikan byk,trip dekat tak syok dah.Tapi kami sejak berkecimpung dgn bang mat ni,rezeki murah,23hb 10 dpt kat tuas dia golok 100,paktipok 13 dan tgiri 3 kemudian pd 27hb 10 kami pi kapal dan tuas dpt tgiri 3saja tapi golok 83 ekor,paktipok 48,semua kami jual-rm400

    ReplyDelete