Monday, October 12, 2009

Pangkah Team di Karang 06 Pada 9-10 Okt 2009


Pada 9 hingga 10 Oktober 2009, geng pangkah team seramai 8 orang telah pergi memancing di Karang 06. Geng Pangkah team naik boat di Telok Bahang iaitu boat kepunyaan Ah Sea. Setelah 3 jam perjalanan, kami telah sampai di karang 06. Apa lagi kami pun mula memancing kerana masing-masing telah gian setelah berehat selama satu bulan kerana bukan puasa. Bermacam-macam teknik digunakan seperti casting, jigging, bottom. Hasilnya kurang lumayan. Kami memperolehi beberapa ekor ikan seperti kerapu, jenahak, yu putih, gerut-gerut dan daun baru. Ikan yang paling besar ialah kerapu seberat 8.5 kg yang dipancing oleh pakar cari lubang dan memenangi jackpot sebanyak RM 70.00. Pakar main bulu kali ini kantoi, cuma dapat beberapa ekor ikan kecil sahaja. Pakar main bawah pun kantoi juga.

4 comments:

  1. Aiseh,ramai yg kantoi ni,pakar2 pulak tu.Tapi rasanya,kantoi kerana lebih bergaya,maklum laa baru lepas raya.Tapi depa tetap hebat diatas bot dan juga di gelanggang badminton.Tahniah laa atas segala hasil yg berjaya diangkut dari karang 06

    ReplyDelete
  2. 24 ni kita pi pangkah di tuas mat arip pulak... kalau tak makan jugak..kita pangkah mat arip...amacam?

    ReplyDelete
  3. tak tahan tgk gambag..tp mana gambag member lain? kemarin ooi baru balik tukun perak..bot albert..lagi kantoi..lagi teruk drp kita pi hari tu..sotong pun tarak..cuma naik kertang 21kg..mesin karan daiwa jem..rod patah!jig tak mkn langsung....
    hari ni geng pangkah aku,mat,cg hassan n din pi bersantai di sedim sambil ngail tengas..syok jugak layan kecik2 pun..dpt 20 ekog..lubuk cantik tp tak berapa nak makan...kena pi lain kot..kali ni kena bawa jaguh jackpot..kita cari bapak tengas....

    ReplyDelete
  4. Amboi2,kalau nak ambik,semua bapak2,habis la stok ikan kat sedim tu,pandai hangpa layan che asan noo

    ReplyDelete