Saturday, October 1, 2011

Friday, September 30, 2011

GAMBAR PANGKAHTEAM DI TUKUN PERAK 2



GAMBAR PANGKAHTEAM DI TUKUN PERAK 2


Pangkah Team di Tukun Perak 2

Pada 16 hingga 19 September 2011, sekali lagi geng pangkah team yang terdiri daripada idris, affendi, shidi, mat kantin, che hassan, rizal, ooi, naim dan pa kamal telah pergi memancing di Tukun perak dengan menaiki boat albert. Kami bertolak pada pukul 3 petang 16 September 2011 dari jeti Kuala Perlis. kami sampai jam 6.00 ptg di Pulau Burung untuk mencari sotong. Jam 4.00 pagi, kami bertolak ke lokasi pertama iaitu sebuah unjam siam. Jam 5.30 ptg, kami sampai di unjam tersebut dan memancing. Sampai disama kami mula memancing sehingga habis sotong dan berjaya menaikkan banyak ikan terutama jenahak.
Malam ketiga kami memancing hingga jam 3.00 pagi dan hujan lebat dan diikuti ribut kencang dan tekong terpaksa bertolak balik kerana bimbang berlaku sesuatu yang buruk. Kami berjaya mendapat ikan sebanyak 3 tong yang terdiri daripada ikan jenahak, kerapu, talang, gerepoh, yu, nyok-nyok, cupak, alu-alu dan lain-lain lagi.

Thursday, February 10, 2011

KANTOI DI KOH ADANG

Pada 28 hingga 31 Januari 7 0rang pemancing dari Sungai Petani iaitu Idris Saad(Pangkahteam), Abang Jo, Haji Khalid, Haji Abdullah, Alang, Pakku dan latiff telah pergi memancing di Koh Adang, Thailand. Angin timur cukup kuat dan langsung tak dapat memancing di luar daripada kawasan Pulau Adang dan cuma dapat memancing disekeliling pulau sahaja. Hasil tangkapan kurang memuaskan. Kami cuma dapat beberapa ekor ikan besar sahaja. Malam terakhir kami hanya sauk sotong sahaja untuk dibawa balik kerana angin sangat kuat. Trip kali ini kantoi lagi