Friday, March 5, 2010

PANGKAH TEAM DI KOH ADANG & NOK KIAU


Antara tenggiri yang dipancing

Pakar cari lubang dengan kerapu 3 kg


GAMBAR PANGKAH TEAM DI KOH ADANG

Sedang berehat di atas boat
makan tengahari di Pak bara

PANGKAH TEAM DI KOH ADANG & NOK KIAU

Tunggu passpot siap di Wang kelian

Pada 25 hingga 28 Februari 2008, 7 orang anggota pangkah team iaitu Idris ( pakar cari lubang),
Fendi ( pakar main bulu), Che Hassan( pakar paktipok), Shidi( pakar jig), Mat kantin(pakar casting), Pa Kamal(pakar strategi), Tajudin ( pemancing jemputan) , Farhan ( pemancing baru) dan Abang Joe(ketua rombongan) telah pergi memancing di Koh Adang dan Nok Kiau.

Kami bertolak dari Jitra jam 12.00 tgh dan makan tengahari di Wang Kelian. Kami sampai di jeti Pak Bara jam 4.00 petang dan boat Mat Hong Tong telah menunggu. setelah memunggah barang-barang masuk ke dalam boat, kami pun bertolak ke Tarutao untuk menyauk sotong.

Pada pagi 26 Feb. 2010 kami bertolak ke Nok Kiau. Di Nok Kiau, hasil tidak memberansangkan dan kami bertolak balik ke Koh Adang. Di Koh Adang kami dapat banyak hasil iaitu tenggiri, kerapu, jenahak dan lain-lain ikan. Kami bertolak balik pada 28 Feb. 2010 jam 3.00 ptg dari Pak Bara. Hasil yang kami dapat lebih kurang 2 tong.