Saturday, November 14, 2009

PESTA GOLOK DI TUAS MAT DANGDUT

Pada 13 November 2009 geng pangkah team seramai 6 0rang iaitu pakar Idris( pakar cari lubang), Fendi(pakar main bulu), Mat( pakar casting), Che Hassan( pakar apollo), Ooi(pakar main bawah), Shidi(pakar kangkung) telah pergi memancing di kapal karam dan tuas Mat Dangdut. Dikapal karam kami memperolehi seekor tenggiri 7 kilogram dan beberapa ekor ikan cencaru. Di tuas Mat Dangdut pangkahteam pesta ikan golok. Kami telah memperolehi lebih kurang 100 ekor ikan golok dan 10 ekor ikan paktipok. Puas memancing hingga tak menang tangan. Tauk balas....tauk balas sehingga pelampong kawan pun nak pangkah, ingatkan pelampong sendiri yang putus. Semua pakar kantoi dan bertukar menjadi pakar golok. Cuma pakar apollo sahaja ditukar nama jadi pakar paktipok.

1 comment:

  1. golok pun golok,janji drag bunyi,tahniah semua

    ReplyDelete