Monday, September 20, 2010

Sunday, September 19, 2010

REZEKI PANGKAH TEAM DI AIDIL FITRI

Pada 15 hingga 18 September ( Raya ke-6), 8 orang geng pangkahteam telah pergi memancing di Koh Adang menaiki boat Mat Hongtong dari jeti Pak Bara. Ahli pangkah team yang turut serta ialah Idris( pakar cari lubang), Affendi(pakar bulu), Shidi(pakar jig), Mat Kantin(pakar masak), Pa Kamal(pakar jig ikan mas), Abang Joe(ketua rombongan), Fendi Panjang(pakar casting tuas), Che Hassan(pakar paktipok @ samyee), Razak(pakar iklan).
Pangkahteam bertolak dari jeti Pak Bara pada jam 4.00 petang untuk mengambil sotong dekat Pulau Burong berdekatan Langkawi. Empat kali sauk sahaja kami dapat sotong untuk memancing selama pakej tersebut. Malam kedua memancing kami dapat ikan yang banyak seperti ikan jenahak, kerapu, jemuduk, landuk yang besar-besar. Pakar jig ikan mas dapat ikan jemuduk dan landuk yang besar. Pakar main bulu pun dapat ikan jemuduk yang besar. Pakar samyee pun dapat ikan jemuduk yang besar. Geng pangkahteam yang kantoi ialah pakar cari lubang, pakar jig, pakar casting tuas dan pakar iklan. Walaupun kantoi tetapi dapat juga ikan tetapi tak berapa besar. Pangkahteam bawa balik empat tong ikan berbagai jenis. Kali ini adalah trip yang paling berjaya