Friday, August 21, 2009

Trip Kantoi

Pada 21 Ogos 2009 Pangkah Anglers Team telah turun memancing di Kapal Russia pecah kerana dengar cerita member-member lain pangkah hingga 48 ekor tenggiri. Tapi trip kali ini kantoi sedikit kerana boat yang ditempah iaitu bot mat dangdut telah rosak dan terpaksa pergi dengan boat fiber Man Jawa daripada Pulau Sayak. Boat fiber tau-tau sajalah. Hujan lebat pada tengah hari. pangkah team dapat lebih kurang 50 kilo ikan cencaru. Cencaru ini makan tengahari bukan makan petang. Seekor ikan tenggiri. Oleh sebab cuaca tidak begitu elok pada waktu petang, pangkah team terpaksa balik awal dan pergi memancing di tukun tayar hingga pukul 6.30 petang. Di tukun tayar, pangkah team banyak dapat ikan puting damak saiz besar dan beberapa ekor kerapu saiz kecil. Trip kali lin kantoi sikit.

Sunday, August 16, 2009

Pangkah Team di Tukun Perak pada 17-20 Julai 2009
















Memancing di Tuas Yan




Tenggiri 8 kilo di tuas Yan

Mukaddimah

Pangkah team ditubuhkan pada tahun 2008 dianggotai oleh 7 orang pemancing tegar yang didaerah Sungai Petani
Ahli-ahli Pangkah team ialah:
1. En. Idris bin Saad - Penyelia Kanan Sukan PPD Kuala Muda/Yan- 0194466359( email: idris.sukan.ppdkmy@gmail.com)
2. En. Mohd Affendi bin Abdul Rahman - guru sukan dari SK Tunku Ismail
3. En. Rosidi bin Md. Isa - guru sukan dari SK Tunku Ismail
4. En. Che Hassan bin Che Yahya - Guru Besar SK Tunku Ismail
5. En. Ooi Kok Beng - business man
6. En. Mustafa Kamal Kamaludin - Guru Kanan Pentadbiran SK Aman Jaya
6. En. Mohammad - Taukeh kantin

Lokasi utama tempat memancing ialah di kawasan tuas di Yan, tukun-tukun dan kapal karam di kawasan perairan Pulau Pinang, Yan dan pernah memancing di Koh Adang, Tukun Perak dan lain-lain tempat. Pangkah team sedia bertukar-tukar maklumat tentang pancing dengan sesiapa sahaja yang berminat tentang memancing